Kenyataan Penafian
Sementara segala usaha adalah diambil untuk memastikan ketepatan dan kebenaran segala isi kandungan di dalam laman web ini (termasuk tetapi tidak terhad kepada semua maklumat, data, representasi, pernyataan, hyperlink dan dokumen-dokumen yang terkandung), pihak-pihak yang terlibat dalam pembikinan laman web ini tidak membuat sebarang waranti tentang ketepatan ataupun kesesuaian kandungan laman web ini untuk sebarang tujuan, mahupun ketepatan ataupun kebolehpercayaan sumber-sumber dari mana isi kandungan laman web ini didapati (sama ada sumber-sumber tersebut disebutkan ataupun tidak). Pihak-pihak yang terlibat dalam pembikinan laman web ini dengan jelasnya menolak tuntutan sebarang dan semua liabiliti yang bersangkutan dengan, ataupun yang terbit daripada, penggunaan isi kandungan laman web ini.
DigitalsBazaar.com menyediakan laman web ini di atas dasar "as is" dan adalah bertujuan untuk informasi umum sahaja. DigitalsBazaar.com tidak membuat sebarang jenis representasi atau waranti tentang laman web ini ataupun kandungannya, dan menolak tuntut sebarang jenis representasi atau waranti tersebut. Sementara usaha telah diambil untuk memastikan ketepatan maklumat, DigitalsBazaar.com tidak membuat sebarang jenis representasi atau waranti tentang ketepatan, kelengkapan atau kesesuaian maklumat dan grafik yang berkenaan yang diterbitkan di laman web ini untuk sebarang tujuan. Maklumat yang terkandung dalam laman web ini juga mungkin mengandungi kesilapan teknikal ataupun kesilapan typografi.
Segala liabiliti yang mungkin ditanggung oleh DigitalsBazaar.com (samada yang terbit dari undang-undang kontrak, tort ataupun kecuaian negligence) untuk sebarang kesilapan atau kesalahan adalah dengan jelasnya ditolak tuntut dengan sepenuhnya seperti yang dibenarkan oleh undang-undang. Produk atau perkhidmatan yang disebutkan dalam laman ini adalah tertakluk kepada keperluan undang-undang dan kawal selia dalam bidang kuasa yang berkenaan sahaja dan mungkin tidak boleh diperolehi dalam bidang-bidang kuasa yang lain.Contoh yang digunakan di dalam material-material di halaman web ini tidak boleh di andaikan sebagai bukti atau perjanjian atau jaminan pendapatan kepada anda. Potensi pendapatan adalah bergantung sepenuhnya kepada bagaimana anda menggunakan produk, idea dan juga usaha yang diletakkan. Ini bukan “skim cepat kaya.”
Kejayaan anda bergantung kepada masa yang anda habiskan, pengetahuan dan skil yang anda ada untuk mencapai kejayaan. Oleh kerana factor ini berbeza antara satu individu dengan yang lain, maka tiada jaminan yang saya dapat berikan kepada kejayaan anda.
Sebarang jangkaan tentang pendapatan masa depan akan bergantung kepada pelbagai faktor. Keputusan kejayaan mungkin berbeza antara satu individu dengan satu individu yang lain. Tiada sebarang jaminan diberikan oleh DigitalsBazaar.com mengenai pendapatan yang mungkin dapat lakukan.
Laluan ke Laman Web
DigitalsBazaar.com akan menjalankan usaha-usaha yang munasabah untuk menjadikan laman web ini serta kandungannya mudah didapati oleh pengguna-pengguna. Walaubagaimanapun, DigitalsBazaar.com tidak membuat sebarang representasi atau waranti bahawa laluan ke laman web ini akan sentiasa lancar, tidak terganggu dan bebas dari kesilapan. DigitalsBazaar.com menyimpan hak untuk menggunakan budi bicaranya untuk menghalang pengguna-pengguna daripada dapat memasuki laman web ini tanpa pemberitahuan awal dan menyimpan hak untuk menolak perkhidmatan kepada mana-mana pengguna yang telah melanggar syarat-syarat penggunaan laman web ini.
Laman Web Link
Sesetengah sambungan link di dalam laman web ini akan membawa anda kepada laman-laman yang bukan di bawah kawalan DigitalsBazaar.com. Penggunaan sambungan link kepada laman-laman web Internet yang lain atau sumber-sumber yang lain adalah di atas risiko pengguna-pengguna sendiri. Kandungan, ketepatan, pendapat dan sambungan link di laman-laman web yang lain ini tidak disiasat, ditentusahkan, diawasi atau disokong oleh DigitalsBazaar.com. Anda haruslah menyedari bahawa laman-laman web ini dijaga dan beroperasi di dalam negara. Walaubagaimanapun, kandungan dan penggunaan laman-laman web ini mungkin adalah tertakluk kepada undang-undang dan peraturan-peraturan negara-negara lain selain dari Malaysia dan tertakluk kepada syarat-syarat penggunaan ataupun polisi privasi laman-laman ini. Sila hubungi pihak-pihak yang berkenaan seperti yang disebutkan di laman-laman tersebut.
Hakcipta, Tanda Niaga
Semua kandungan dalam laman web ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada teks, reka bentuk dan grafik adalah hakcipta terpelihara. Kebenaran adalah diberi untuk membuat salinan elektronik dan salinan cetak jika untuk tujuan penggunaan peribadi. Penggunaan bahan material dalam laman web ini untuk sebarang tujuan lain (termasuk reproduksi untuk pihak yang selain daripada yang tersebut di atas dan sebarang pindaan, pengubahsuaian, pengedaran atau penerbitan semula) tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pihak DigitalsBazaar.com adalah betul-betul dilarang.
DigitalsBazaar.com dan pihak-pihak lain memiliki tanda niaga, logo dan get-up yang dipamerkan di dalam laman web ini dan pengguna-pengguna adalah dilarang daripada menggunakannya tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada DigitalsBazaar.com dan pihak-pihak syarikat yang lain.
|